Selepas pelbagai spekulasi timbul sejak dua tiga minggu ini, akhirnya Anugerah paling berprestij dalam industri hiburan Korea sehingga digelar setaraf anugerah Grammy iaitu Golden Disk Award (GDA) ke-27 secara rasmi diumumkan bakal berlangsung di Malaysia!
Dalam sidang media sebentar tadi, disahkan GDA akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 dan 16 Januari 2013 dan menyaksikan lebih 20 buah kumpulan Pop Korea turun ke Malaysia untuk membuat persembahan juga penampilan khas.
"Berdasarkan sambutan hangat konsert Bigbang lalu juga fenomena K-Pop yang melanda Malaysia kini, kami membuat keputusan untuk memilih Malaysia untuk merealisasikan anugerah ini. Malaysia merupakan negara kedua selepas GDA diadakan di Jepun, tahun lalu", kata Pengarah Editor Hiburan Ilgan Sports, Kim Sora.
Sementara mengulas lanjut mengenai pemilihan venue, Pengarah Mediaartncomm Co. Ltd, Min Yoonki berkata,
"Pemilihan litar antarabangsa Sepang (SIC) sebagai venue pula adalah disebabkan sebelum ini sudah banyak acara dan konsert KPop diadakan di ibu kota Kuala Lumpur, jadi kami yakin SIC tempat yang paling sesuai dan pasti dapat menghimpunkan ramai pengunjung".
Jadi, peminat-peminat KPop sekalian, namakan saja siapa yang anda mahu saksikan! BigBang, Super Junior, Girls’ Generation -TTS, BEAST, 2NE1, KARA, PSY, 4 Minute, Epik High, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, B.A.P, EXO, Beast, 4 Minute, Sistar, Secret, B1A4, Busker Busker, Miss A, Shinee, K-Will, Ailee dan MBlaq - ini antara barisan artis yang akan membuat persembahan dan menerima anugerah pada malam yang dinanti-nantikan ini.
Dimulakan pada tahun 1986, penghargaan melalui Golden Disk Awards merupakan satu taraf yang didambakan oleh penggiat muzik Korea. Anugerah ini akan dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Album dan Lagu yang terdiri daripada kategori Utama iaitu Disk Album, Disk Album of The Year. Manakala kategori Utama untuk Lagu ialah The Song of The Year, The Most Popular K-POP Star, MSN Southeast Asia Award, MSN International Award, New Rising K-Pop Star Award, Best Hip Hop Award, Single Album of The Year.

Nothing special about just a simple bio to introduce! Annyeong haseiyo chingu, my name is Farah Hayati; everyone call me as Ferra. I was sixteen years old going to be sixteen. My birthday's 16th April 1998.
My weight just 40kg ugh is heavy hm & height is 152cm tsk tsk tsk i'm short hm. I'm Malaysian. I hope I wanna go abroad such as; Korea & Paris, and one day my wishes become true!
now I married with Kyungsoo lol. I have too many biases haha. I hate who hate my all biases! pls respect. If you respect, I'll respect you :) Hope I wanna be a successful person with my effort.
“We are over our shining moment with 12 being on stage together” - DO
Catat Ulasan